Cara Membaca Geran Tanah

  • 3 years ago
  • 1

Kredit Safwan Salleh

Kali ni saya mahu kongsi tips yang bersifat umum, sesuai untuk penjual dan pembeli hartanah.

Bagaimana kaedah-kaedah membaca geran tanah. Apa yang saya cuba kongsikan adalah ilmu asas sahaja, selebihnya terpulang kepada anda untuk dapatkan maklumat lanjut.

Kebiasaannya geran tanah mempunyai 3 muka surat.

Muka surat pertama terdapat maklumat berkenaan tanah.
Muka surat kedua maklumat berkenaan pemilik tanah.
Muka surat ketiga adalah plan akui tanah.

geran-muka-surat-1-edited
Muka Surat 1
geran-muka-surat-2-edited
                   Muka Surat 2
geran-muka-surat-3-edited
                    Muka Surat 3

Baiklah, post kali ni saya nak hurai berkenaan beberapa part dalam muka surat pertama.

Untuk mudah faham, saya bahagikan muka surat pertama kepada 3 bahagian.

Bahagian pertama: tajuk.
Bahagian kedua: maklumat lokasi dan keluasan.
Bahagian ketiga: maklumat-maklumat lain.

Ini hanya pembahagian yang saya buat, tak ada dalam buku teks.

TAJUK

Tajuk geran tanah berbeza mengikut jenis pegangan hakmilik tanah.
Berikut adalah jenis-jenjis hakmilik yang biasa kita temui:
1. Geran (geran negeri)
2. Geran mukim
3. Pajakan (pajakan negeri)
4. Pajakan mukim
5. Hak milik sementara

Untuk geran & geran mukim, tanah sebegini adalah tanah yang diberi milik selama-lamya. Maksudnya tuan tanah mempunyai pegangan hakmilik ke atas tanah ini buat selama-lamanya. Dalam istilah lain yang biasa pemaju guna adalah ‘freehold’.

Manakala untuk pajakan & pajakan mukim, tanah tersebut merupakan hakmilik kerajaan negeri, akan tetapi diberi pajak kepada ‘pemilik’ yang berdaftar untuk tempoh masa tertentu. Sekiranya tempoh tersebut tamat dan tiada permohonan untuk melanjutkan tempoh pajakan, maka tanah tersebut secara automatiknya akan menjadi hakmilik kerajaan negeri. Istilah yang biasa digunakan oleh pemaju adalah ‘leasehold’.

Apa pula beza antara geran dan geran mukim? Apa beza antara pajakan dan pajakan mukim? Untuk geran & pajakan, hakmilik ini didaftar di pejabat pendaftar (di pejabat tanah dan galian – PTG),  manakala geran mukim dan pajakan mukim, hakmilik ini didaftar oleh pentadbir tanah (di pejabat tanah jajahan @ daerah).

Bagaimana pula dengan hakmilik sementara?

Hakmilik sementara ni adalah hakmilik yang dikeluarkan oleh pejabat tanah sebelum kerja-kerja pengukuran dilakukan ke atas tanah tersebut. Mudah kata, batu penanda belum tanam lagi, tapi geran sudah ada. Ukuran hanya dalam sistem dan atas kertas sahaja. Apabila siap tanam batu, maka hakmilik tetap (geran, geran mukim, pajakan, pajakan mukim) akan dikeluarkan. Biasanya tiada perubahan ukuran antara hak milik sementara dan hakmilik tetap. No lot bagi hakmilik sementara akan ditulis dgn PT, manakala untuk hakmilik tetap ditulis sebagai LOT.

Maklumat-maklumat hartanah adalah kandungan utama dalam geran. Jom kita tengok satu persatu. Saya hanya fokus pada item-item yang penting sahaja.

membaca geran tanah

Negeri: Negeri mana tanah tersebut berada.

Daerah / Jajahan: Yang menarik di Kelantan, pejabat tanah adalah mengikut jajahan, bukan daerah. 10 jajahan yang ada di Kelantan. Kota Bharu, Tumpat, Pasir Mas, Machang, Bachok, Kuala Krai, Gua Musang, Pasir Puteh, Tanah Merah dan Jeli.

Mukim. Bagi setiap jajahan, terdapat beberapa mukim di bawahnya.

Lot. No. LOT adalah untuk hakmilik tetap. Manakala no. PT untuk hakmilik sementara. Contoh PT 1234, LOT 4321. Ada juga lot yang dibahagi mengikut seksyen.

Kategori Penggunaan Tanah. Ada beberapa kategori, antaranya adalah Pertanian, Bangunan, Perindustrian / Perusahaan. Setiap kategori ada syarat-syarat nyata yang berlainan. Nilaian tanah pun berbeza mengikut kategori masing-masing.

Keluasan. Unit yang biasa diguna untuk keluasan tanah adalah hektar (untuk tanah pertanian) dan meter persegi (untuk tanah bangunan). Kadang-kadang unit ekar dan depa pun turut digunakan.

Ok, jom kita lihat pula perenggan seterusnya. Di sini kita akan dapati jenis hak milik & rezab melayu atau tidak. Sekiranya ditulis tanah ini diberi milik selama-lamanya, maka ia adalah tanah ‘freehold’. Sekiranya ditulis pajakan, maka ia adalah tanah pajakan, (leasehold) jadi lihat berapa lama tempoh pajakan. Sama ada 33 tahun, 66 tahun atau 99 tahun. Untuk mengetahui tarikh luput pajakan, lihat pada barisan atas. Akan ditulis bila tarikhnya.

Dalam kawasan rezab melayu. Ini bermaksud tanah ini tertakluk kepada undang-undang tanah rezab melayu. Sekiranya tidak ditulis, besar kemungkinan tanah ini bukan rezab melayu. Maka bukan melayu boleh memilikinya. Kadang-kadang ada orang melabel tanah bukan rezab Melayu sebagai tanah ‘freehold’ juga, yang bermaksud pegangan bebas.

membaca geran tanah

Syarat-syarat nyata. Kalau diperhatikan di muka surat bawah ataupun di muka surat dua bahagian atas, terdapat item sebegini. Syarat-syarat nyata membahagikan kategori-kategori tanah secara lebih spesifik. Contohnya syarat-syarat nyata bagi tanah pertanian adalah padi, dusun macam-macam, getah. Manakala bagi tanah bangunan adalah kediamaan atau perniagaan. Daripada syarat-syarat nyata ini, kita boleh menduga bagaimana keadaan tanah tersebut, contohnya jika tanah padi, adakah perlu ditambun sekiranya ingin buat bangunan, berpaya atau tidak, adakah ada rezab jalan atau tidak? Nilaiannya pun berbeza mengikut syarat-syarat nyata masing-masing.

Sekatan-sekatan kepentingan. Saya kira bahagian ini adalah perkara kedua paling penting selepas maklumat tanah. Sekatan kepentingan merupakan batasan atau sekatan hak tuan tanah ke atas tanah tersebut, bagi maksud menjaga kepntingan tanah-tanah tersebut. Yang biasa dijumpai adalah berkenaan sekatan pindahmilik atau gadaian. Wajib bagi mereka yang ingin membeli tanah @ rumah untuk membaca bahagian ini. Antara sekatan kepentingan yang biasa terdapat dalam geran tanah adalah “tanah yang tersebut tidak boleh dipindahmilik dalam tempoh 10 tahun daripada tarikh didaftarkan”. Haaa..jadi berwaspadalah kalau nak beli tanah macam ni.

 

Compare listings

Compare