20.12.2021: MAKLUMAT DAN STATUS TERKINI BANJIR DI LEBUHRAYA DI BAWAH PEJ WILAYAH TIMUR

  • 2 years ago
  • 1

From https://www.facebook.com/1006348842751082/posts/4914528951933032/

*MAKLUMAT DAN STATUS TERKINI BANJIR DI LEBUHRAYA DI BAWAH PEJ WILAYAH TIMUR*
*TARIKH: 20 Dis 2021*
*MASA: 07:30am*
*LPT1 (E8)*

1. KM198 : (Srijaya -Gambang)
Air mulai surut dan boleh dilalui di kedua-dua arah. Semua laluan telah dibuka

2. KM 114.8 (Lanchang – Temerloh)
– Air melimpah ke jalan. trend menaik.
Masih boleh dilalui oleh semua kenderaan

3. KM 113 (Lanchang – Temerloh)
– Banjir melibatkan semua lorong (Kedua-dua arah). Trend air menaik.

4. KM 84.6 (Lanchang – Karak)
– Banjir melibatkan semua lorong (Kedua-dua arah). Trend air menurun.
#Laluan Karak – Temerloh masih ditutup kedua-dua hala
(KM76-KM126)

*Lokasi berjaga-jaga:*1. KM 124 (Temerloh)
10meter dari jalan

*KLK (E8)*
~Laluan ke Timur ditutup dari Bentong Barat (KM62.5) ke Karak (KM75)
~ Laluan dari Karak (KM75) ke Bentong Timur (KM68 ) masih terjejas, juga ditutup.. Penutupan kedua2 laluan ini bagi memberi laluan kerja2 pembersihan debris dan lumpur dan beberapa lokasi masih dinaiki air seperti dibawah.

1.KM74.9 (hala KL) – Banjir surut. Berlaku sinkhole di lorong kiri. Laluan kontra akan dibuka.

2. KM74.4 (hala KL) – banjir lumpur. Ditutup kepada semua jenis kenderaan.

3. KM71 (kedua-dua hala) – banjir – Ditutup kepada semua jenis kenderaan.

4. KM69.5 (hala KL) – aliran serpihan (debris flow). Ditutup kepada semua jenis kenderaan.

5. KM67.8 (hala KL) – aliran serpihan (debris flow). Ditutup kepada semua jenis kenderaan.

6. KM66.4 hingga KM66.1 (hala KL). aliran serpihan (debris flow). Masih ditutup kpd semua semua jenis kenderaan.

7. KM66.1 (hala KL) – aliran serpihan (debris flow). Masih ditutup kepada semua semua jenis kenderaan.

SEKIAN, TERIMA KASIH
*PEJABAT WILAYAH TIMUR LLM*

Compare listings

Compare